Thursday, April 16, 2009

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Restoran Laksamana Cheng ho telah dibuka dengan jayanya pada 11 september 2005. Pembukaan permulaannya ialah bertempat di 76, Persiaran Greentown 1, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak. Konsep yang kami ajukan ini adalah Chinese Muslim Food. Dengan ini juga, kami ada menyediakan pelbagai jenis makanan seperti Western Food, Malay Food, Indian Food, Italian Food serta bermacam-macam lagi jenis hidangan.


Setelah hampir dua tahun bertungkus-lumus, pihak kakitangan syarikat ini serta ditambah lagi dengan sokongan daripada para tetamu yang sering hadir menjamu selera ditempat kami, kami berjaya membuka lagi satu cawangan Restoran laksamana cheng ho yang bertempat di 137, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Ipoh, Perak. Di cawangan baru ini, kami masih menggunakan konsep yang sama seperti dahulu. Kali ini, kami menambahkan lagi servis dalam bidang menyaji makanan ini dengan mengadakan Catering Luar untuk memudahkan para tetamu yang ingin merasakan kelainan tempat hidangan makanannya selain makan di restoran kami. Alhamdulillah dengan kemurahan rezeki daripada Allah s.w.t, kami berjaya melakukannya dengan tabah, tekun dan tetap berusaha dari hari ke hari untuk memperbaiki mutu servis kami untuk para tetamu. Tidak lupa juga kami telah memperbaiki mutu makanan dan minuman yang disediakan di restoran-restoran kami.


Sehingga kini kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para tetamu yang kebanyakannya daripada sektor kerajaan, swasta serta pekerjaan sendiri. Kebanyakannya membuat tempahan makanan individu, keluarga serta untuk syarikat. Operasi kami bermula daripada pukul 10 pagi sehingga 11 malam dan samalah juga hari cuti umum dan sebaliknya.


Pihak pengurusan syarikat juga ada membuat jamuan-jamuan amal untuk anak-anak yatim bersebelahan restoran dan kadang-kadang menjemput pihak-pihak dan rumah-rumah anak-anak yatim disekitar Ipoh. Dengan terbentuknya sedikit amalan yang kecil ini serba sedikit dapat membantu meringankan beban orang-orang yang memerlukan batuan. Sumbangan yang dibuat oleh pihak pengurusan bukanlah untuk mendapatkan nama dimata dunia akan tetapi ini adalah kewajipan setiap hamba Allah iaitu bantu-membantu sesama hambanya yang lebih memerlukanya.


Pada masa yang sama juga, kami telah melangkah lebih jauh dengan menambahkan lagi cawangan kami iaitu hidangan cafeteria bertempat di Jabatan Pengangkutan Jalan(J.PJ) Ipoh, Perak. Beroperasi dari seawal pagi iaitu 6 pagi sehingga ke 6 petang. Hidangan buffet tengahari juga boleh didapati disana dan juga hidangan ala-carte juga ada disediakan. Disana kami memfokuskan pada hidangan tradisional Melayu kampong.


Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh dibuat melalui talian 05-2555840 atau 05-2421300.


**ALL workers are Malays and Muslims.

1 comment:

  1. boleh tak pihak admin bagi maklumat yang lebih lengkap mengenai hi tea.saya bercadang untuk membuat tempahan hi tea untuk reunion

    ReplyDelete